Saturday, May 22, 2010

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini telah didirikan selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1947.Pada ketika itu, sekolah ini bertapak di tanah kerajaan di mana masa kini tanah itu telah didirikan sebuah sekolah melayu yang dinamakan SK Rampazan.Selama 4 tahun sekolah ini didirikan di tempat itu.

Pada tahun 1951, sekolah ini telah pindah ke sebidang tanah kepunyaan seorang cina. Seramai 5 orang Guru Besar yang penah bertugas di sana.Kedua-dua sekolah ini hanya mempunyai sebuah bilik sahaja. Oleh sebab demikian,maka guru-guru besar yang bertugas disini juga bertugas sebagai guru. Keadaan ini berlanjutan begini sahaja sehinggalah seorang Guru Besar yang berasal dari Negeri China yang bernama Soon Khai. Pada masa itu, kerajaan telah membayar gaji kepada mereka yang mengajar dan bukan lagi semata-mata mengharapkan AJK sekolah,Encik Soon Khai mempunyai beberapa orang kakitangan.


.
Oleh kerana sekolah ini tidak mempunyai tapak yang tetap, maka pada tahun 1968, AJK sekolah telah mengadakan satu mesyuarat, agenda mesyuarat itu ialah hendak membeli sebidang tanah sebagai tapak sekolah. Cadangan ini telah disokong penuh oleh AJK sekolah dan juga orang-orang kampung. Maka mereka pun bermula mencari tanah. Apabila Encik Chong Thiam Fook mendengar berita ini, dengan baik hati beliau telah menjual tanahnya secara separuh harga sahaja iaitu sebanyak Rm3000.00 kepada pihak sekolah.

Sesungguhnya tapak sekolah telah ada, tetapi perbelanjaan dan bahan-bahan untuk mendirikan sebuah sekolah belum mencukupi lagi. Sekali lagi AJK sekolah mengadakan mesyuarat untuk membincang bagaimana caranya mendapat wang itu. Akhirnya mereka bersetuju dengan cara menderma.

Pada tahun 1973, semua AJK sekolah memberi derma. Setelah wang yang dikehendaki itu telah mencukupi maka sekolah ini pun didirikan. Selepas tiga tahun, sekolah ini pun kelihatan siap dibina.Pada tahun 1976, pengajaran dan pembelajaran pun mula dijalankan.

Walaupun sekolah ini telah berpindah-randah sebanyak 3 kali, tetapi muridnya masih dikira ramai lagi. Mengikut sejarah sekolah ini, sekolah ini penah mempunyai murid seramai 80-100 orang murid.Kebanyakan orang cina. Semenjak sekolah yang pertama, sekolah ini telah menggunakan Bahasa Cina sebagai Bahasa Pengantaraan.

Di bawah ini adalah nama-nama Guru-guru besar yang pernah bertugas di sini,tetapi alangkah sayangnya kami tidak dapat mengetahui bilakah mereka bertugas di sekolah ini

No comments:

Post a Comment